Dana pembangunan sukan Kolej Tunku Kursiah

Dana sebanyak RM500,000 diperlukan Kolej Tunku Kursiah bagi pembangunan sukan sekolah itu di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Bagi merealisasikan tujuan itu, satu larian amal 5 kilometer ?TKC Walk A Run Carnival? diadakan, anjuran Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu atau kini dikenali Kolej Tunku Kursiah di Putrajaya.